Hello. Last entry beberapa bulan yang lepas. Entah kenapa terdetik untuk bukak blog dan entah kenapa jari ni terus klik dekat "NEW POST" tu walaupun banyak gile keje yg lagi penting nak kena buat ni. Tadi baru siapkan writing assessment yg tah pape. Esok pagi presentation nutrition, petang presentation formulation. Assignment cooling x buat lagi tapi kena hantar esok jugak. Selasa hantar task usrah. Rabu ada usrah so kena prepare dulu sebelum tu. Khamis hantar report lab. Jumaat presentation assessment. Whoa packed! Lepas tu study untuk exam pulak. Gila, gila. Tapi harus berusaha dan bermujahadah. Baru tadi bagi pasal mujahadah masa usrah. Inilah masanay untuk buktikan.
Sebabkan tajuk hari ni merajuk, aku bukan nak cerita panjang lebar pasal assignment2 aku yang berlambak tu. Tadi aku baru tahu pasal kak Tim yang marah dengan aku & Wana. Kitorang satu group untuk assignment formulation yg present esok tu. Aku rasa xde masalah pun buat keje tu tetibe nak emo. Sumpah aku tak tau pun sebelum ni yang dia marah. Tp apa pasal pula dia nak marah kitorang. Bukannya kitorang tak buat keje. Rilek la.
Aku rasa la alkisahnya macam ni. Kak Tim nak meet up untuk discuss pasal keje tu. Tapi x boleh nak jumpa sebab malam tu ada muntalaq online. Start dari tu dia terus marah & bad perception pada orang usrah. Dia kata orang usrah xde masa untuk hal study. Aku ok je part tu. Yang aku x ok bila Nina jawab kat dia, "jgn salahkan dakwah dan islam tu tp silap individu tu x jaga masa". Dia sedar x ke yang dia telah offense aku? Kitorang dah plan sama2 ape, pastu kitorang ikut apa yang kitorang plan. Timing x lari pun. Ape masalah dia nak jawab macam tu. Dia seolah2 nak bagitahu jgn salahkan dakwah dan islam tapi salahkan Ari sebab Ari x jaga masa.. Aku sedih gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Tak nak jumpa Nina dahh.... Merajuk