Wednesday, 27 February 2013

Hanya Sekadar Pendapat

Semua orang pasti ada pandangan masing-masing tentang sesuatu. Apa yang aku ingin debatkan sekarang adalah penggunaan telefon bimbit adalah hak masing-masing dan tak perlu dipertikaikan. 

Dulu sebelum ada telefon bimbit, kebanyakan rumah menggunakan telefon rumah. Kalau seseorang membuat panggilan ke rumah dan tiada siapa yang menjawab, kita mungkin anggap tiada orang di rumah. Dan kalau pun ada orang tapi dengan sengaja tak mahu menjawab, kita pun bukannya tahu. Macam mana pula kalau zaman sekarang yang boleh dikatakan semua orang memiliki sebuah telefon bimbit malah lebih? Bagi aku, telefon rumah atau telefon bimbit, dua-dua sama je. Orang selalu kata, "Kalau tak nak angkat tepon, baik tak payah ada". Dalam hati aku pulak kata, "Dah die tak nak angkat tu sudah la tak faham lagi?" 

Dalam hal ni, kita kena faham orang. Mungkin dia sibuk sangat sampai tak boleh jawab call pada masa tu atau tak ada kredit untuk reply mesej. Kalau dah berkali-kali jadi macam tu, apa kata cubalah faham dengan lebih mendalam lagi bahawa orang itu satu species dengan aku iaitu; 
aku-bukan-kawan-handphone-tapi-tuan. Maksudnya, aku boleh untuk tidak bersama hp setiap masa dan aku ada hak untuk tidak menjawab panggilan jika aku tidak mahu. 



Tuesday, 26 February 2013

Berapa Lama Suda.....

Waouw!! Last time entry telah di-post pada bulan 5 tahun lepas and this is my first entry pada tahun ini, 2013. Sibuk sangatkah diri ini sampai x sempat buka blog apatah lagi update beliau? Ya! Betul sibuk. Tahun lepas aku telah berusaha keras untuk meng-improve-kan diri ini dalam subject engineering yang susah tuu. Masa diisi dengan menyiapkan assignment dan juga untuk study. Dengar macam bersungguh-sungguh je tapi takde sampai gitu. Main pun banyak jugee. Heeee.... Selain daripada itu, lepas final exam tahun lepas (Alhamdulillah LULUS), aku terus balik Malaysia. Kat rumah aku tu memang bolehhh sangat bukak internet. Kalau broadband ada laju pun nak buat ape kalau takde laptop untuk dipasangkan pada? Lagipun aku keje aa balik aritu. Keje kat kedai kek... Best la jugak haa tapi penat. Begitulah ceritanya yang aku tak update2 sampai kesempatan hari ni. 

Komen2 yang pembaca bagi pasal hot choc tu, insyaAllah aku akan taruk gambar. Hahha... Lebih setengah tahun da... Maaf ye, nanti kalau aku buat hot choc lagi di musim sejuk yang bakal mendatang, aku ambik gambar beliau.

Sekarang musim summer! Panas betul di waktu tengah hari. Hari ini hari ketiga kelas bermula dan aku masih belum skip kelas lagi. Azam tahun ni nak kurangkan ponteng kelas tapi member aku da start ponteng pagi ni. Dah aku kene pegi kelas sorang2. Tidak apa, tidak apa. Sementara semangat aku tengah membara ni aku kan pergunakan beliau semaxima mungkin. InsyaAllah

2013! Hwaiting!!