Dulu sebelum ada telefon bimbit, kebanyakan rumah menggunakan telefon rumah. Kalau seseorang membuat panggilan ke rumah dan tiada siapa yang menjawab, kita mungkin anggap tiada orang di rumah. Dan kalau pun ada orang tapi dengan sengaja tak mahu menjawab, kita pun bukannya tahu. Macam mana pula kalau zaman sekarang yang boleh dikatakan semua orang memiliki sebuah telefon bimbit malah lebih? Bagi aku, telefon rumah atau telefon bimbit, dua-dua sama je. Orang selalu kata, "Kalau tak nak angkat tepon, baik tak payah ada". Dalam hati aku pulak kata, "Dah die tak nak angkat tu sudah la tak faham lagi?"
Dalam hal ni, kita kena faham orang. Mungkin dia sibuk sangat sampai tak boleh jawab call pada masa tu atau tak ada kredit untuk reply mesej. Kalau dah berkali-kali jadi macam tu, apa kata cubalah faham dengan lebih mendalam lagi bahawa orang itu satu species dengan aku iaitu;
aku-bukan-kawan-handphone-tapi-tuan. Maksudnya, aku boleh untuk tidak bersama hp setiap masa dan aku ada hak untuk tidak menjawab panggilan jika aku tidak mahu.

No comments:
Post a Comment