Sunday, 22 December 2013
From the bottom of my hurted heart
Ya Allah. Ampunilah dosa2 kami Ya Allah. Sesungguhnya aku tak berhak untuk meminta Kau menarik nyawa hambaMu. Oleh itu aku memohon Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk aku yang selalu pedih dan x tahan mendengar keluhan mak, yang terbaik untuk mak yang dah tak mampu bersabar, yang terbaik untuk abah yang masih ada hati budi terhadap nenek, yang terbaik untuk adik yang terpaksa menerima tempias kesalahan nenek, yang terbaik untuk najmi dan abang yang selalu menjadi mangsa keadaan, dan yang terbaik untuk nenek belajar dan menyesal tentang kesalahan dan kekurangan diri. Ya Allah, aku hanya mampu berdoa supaya Kau segerakan kesudahan yang baik untuk kami kerana aku x layak berdoa untuk Kau segerakan ajal nenek walaupun aku benar2 inginkannya. Sesungguhnya ajal maut telah Kau tetapkan. Semua orang nasihat aku, "cherish the moment with her while she still alive before it's too late. Bersyukurlah masih ada nenek sebelum menyesal". Tapi aku sangat berharap oramg yang nasihat aku pegi nasihat nenek. Sebab aku yakin 99.9% dalam diri kami takkan berasa sedih kalau nenek tak ada because there's nothing to be regret of. We've done everything for her. Mungkin nenek yang akan menyesal sebab layan kami macam ni. Ya Allah ampunilah dosa kami. Aku hanya mahu kesudahan yang baik untuk kami semua despite apa2 cara pun kami menangani dan bertahan daalam ujian ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment